DIULIT bahagia, pelakon Wanna Ali akhirnya memaklumkan bakal bergelar raja sehari dalam masa terdekat.
Wanna atau nama asalnya Nor Syazwana Mohd Ali, 28, bagaimanapun enggan berkongsi secara terperinci majlis pernikahannya agar segala urusan dipermudahkan.
“Ya, Alhamdulillah sekarang ini saya sedang bahagia.
Soal bakal melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat, saya hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
“Sememangnya saya mahu kahwin sebab saya jenis yang ‘dating’ (bercinta) untuk berkahwin,” katanya.
Pelakon drama Bukan Sekadar Lafaz itu turut memaklumkan bakal suaminya memenuhi ciri-ciri yang dicari.
Dia seorang yang sangat baik dan bercita-cita tinggi. Dia adalah definisi lelaki sebenar.
“Dia juga lelaki tradisional yang saya cari selama ini dan maskulin. Sangat sempurna di mata saya,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, timbul desas-desus Wanna bakal mendirikan rumah tangga pada Februari ini. – HIBGLAM