Sarung tangan RM2,300 sepasang untuk penari Irene

Bukan sahaja berbakat malah murah hati, anggota kumpulan Red Velvet, Irene dilambung pujian kerana memberi hadiah istimewa kepada setiap seorang penari latarnya dalam album terbaharu berjudul Like A Flower.

Menurut sebuah laporan, idola berusia 33 tahun itu dilaporkan membelikan sarung tangan jenama mewah Miu Miu untuk semua penari latarnya sebagai tanda penghargaan.

Lebih mengejutkan, sarung tangan yang diperbuat daripada bahan wool dan cashmere itu dijual pada harga sekitar RM2,300 sepasang, menjadikannya pilihan eksklusif untuk hadiah musim sejuk di Korea Selatan.

Dengan sekitar lapan orang penari latar, kos keseluruhan hadiah tersebut dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Rata-rata netizen memuji sikap dermawan wanita jelita itu selain menyifatkannya sebagai idola yang tidak kedekut dengan orang sekeliling.

“Bagus Irene hargai orang sekeliling, tak semua idola jenis murah hati namun dia sangat berbeza,” kata peminat.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok