‘Sudah lama saya jadi mangsa kekerasan rumah tangga’

SELEPAS mendedahkan lebam di bahagian mata, pelakon Zahnita Wilson mendakwa dirinya merupakan mangsa keganasan rumah tangga.

Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, mengakui sudah beberapa kali dipukul sepanjang 20 tahun perkahwinannya dengan suami, Abdul Zackery Ghouse.

Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan masalah kekerasan rumah tangga sejak sekian lama,” katanya.

Berkongsi lanjut, bekas peragawati itu memaklumkan detik hitam tersebut terjadi selepas dia mengajukan soalan mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Punca saya dipukul adalah sebab tanya uami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Zahnita yang kini berada di Kuantan, Pahang menanti peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan kes tersebut.

Sebelum ini, personaliti popular itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.

Dia turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula bergolak sejak penghujung tahun 2011.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2005 itu dilurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok