PELAKON Amyra Rosli mendedahkan hasrat untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila mengalami keguguran.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 33, berkongsi khabr duka itu menerusi sebuah hantaran dalam akaun Instagram.
Awak singgah sekejap je dalam perut mommy. Lepas tu awak pergi. Comel la awak ni. Tak ada rezeki. Tak apa kita fokus ‘shooting’ dulu,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu turut berkongsi foto ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan sedang hamil.
Suami kepada Amyra iaitu aktor Amar Baharin dilihat meninggalkan kata-kata semangat buat isteri tercinta.
Allah sebaik-baik perancang untuk perjalanan hidup dan mati hamba-Nya. Percaya pada qada dan qadar ketentuan Allah. Insya-Allah terjaga iman mommy. Love you sayang. Be strong mommy,” tulisnya.
Mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016, Amyra dan Amar sudah memiliki dua zuriat iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7 dan Aura Aryssa, 4. – HIBGLAM