Ruhainies difitnah bercinta dengan Azrel Ismail pula

SELEPAS menafikan dakwaan berkahwin dengan Zul Ariffin, nama Ruhainies sekali lagi terpalit gosip liar apabila dikatakan bercinta dengan pelakon Azrel Ismail.

Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, bagaimanapun enggan mengambil serius dan menganggap berita palsu itu gurauan semata-mata.

“Gurauan hari ini. Suka ya gula-gulakan netizen.

Entahlah, saya dah penat tetapi layankan sahaja,” katanya dalam InstaStory.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Cukup Derita Itu turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama Azrel berbincang mengenai spekulasi tersebut.

Azrel berkongsi sebuah berita dalam Facebook dengan tajuk ‘Ruhainies dan Azrel Ismail mengaku bercinta sejak setahun lalu’.

Kedua-dua mereka sempat bergurau mengenai gosip yang dilemparkan netizen.

Kelmarin, timbul gosip Ruhainies mendirikan rumah tangga dengan bintang filem Don Dukun iaitu Zul Ariffin.

Namun, dia menggesa orang ramai tidak mudah tertipu dengan penyebaran berita berbaur fitnah tersebut yang dicipta semata-mata untuk melariskan jualan dalam platform media sosial. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok