‘Penyondol tak perlu cantik, kurus, putih’

TANPA mengaitkan mana-mana isu, pelakon Mimi Lana memaklumkan orang ketiga tidak perlu memiliki pakej sempurna untuk mengganggu sesebuah hubungan.

Sebaliknya, Mimi atau nama lengkapnya Rozaiana Zainal Abidin, 29, memaklumkan penyondol hanya perlu mencari lelaki yang tidak menghargai pasangannya.

“Nak jadi penyondol tak perlu cantik, kurus dan putih.

“Penyondol cuma perlukan lelaki yang tak reti bersyukur, tidak guna dan tak sedar diri,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Rata-rata komen bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Perempuan Itu berkenaan kriteria pengganggu cinta atau perkahwinan orang.

“Tepat sebab selalunya penyondol muka hauk berbanding isteri,” ujar peminat.

“Betul, lelaki paling tak guna bila tidak fikir panjang tetapi mahu menggatal sahaja,” jelas pengikut.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian Mimi sengaja memuat naik hantaran tersebut bertujuan untuk mempromosi drama terbaharu lakonannya iaitu Andai Tiada Dia.

Dalam drama terbabit, Mimi memegang watak Intan yang merupakan seorang penyondol kepada perkahwinan kakak kandungnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok