Hafiz Suip jadi The Joker pula

SELEPAS tular isu pergaduhan di tepi jalan dan status rumah tangga yang masih menjadi tanda tanya, penyanyi Hafiz Suip sekali lagi menjadi buah mulut apabila muncul bersolek ala-ala watak The Joker!

Penampilan uniknya dilihat menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok sambil mendendangkan lagu Larut nyanyian asal Dewa19.

Bukan sahaja Diva, rupa-rupanya ramai yang terkejut dengan penampilan Hafiz tetapi tetap memuji suaranya yang dikatakan ‘maintain’ sedap.

Terkejut, ingatkan orang lain. Hafiz sudah seperti The Joker Malaysia.

“Harap penampilan sebegini hanya untuk konten ini sahaja, jangan jadi pelik-pelik ya Hafiz!” kata peminatnya.

Itulah, Diva pun doa sama, harap Hafiz hanya bersolek sebegitu untuk video tersebut. Jangan terbawa-bawa pula karakter The Joker pula.

DIVA: Geram dengan pelakon lelaki yang memilih enggan menjawab soalan media. Kalaupun isu remeh, jawablah secara bijak.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok