MACAM baru semalam duda terhangat Fattah Amin mencipta fenomena di TikTok apabila sesi siaran langsungnya memperoleh 44 juta ‘likes’ dan jumlah tontonan lebih 100,000 orang.
Memang laris daging kambing yang dijual bekas suami Nur Fazura itu sekali gus membuktikan pengaruhnya naik meroket selepas bercerai pada 7 Oktober lalu.
Namun kejayaan Fattah mencetuskan perasaan kurang senang seorang individu yang mendakwa ramai lagi duda lain yang boleh dibantu.
Tidak menunggu lama, pelakon senior Azhar Sulaiman menegur individu terbabit yang tidak memahami konsep rezeki.
Katanya, berbanding duda lain, Fattah menjadi fenomena disebabkan situasi yang dilaluinya ketika ini selain status dirinya sebagai selebriti.
Nampaknya Azhar atau mesra disapa Behar ‘sekolahkan’ individu terbabit agar memahami situasi, bukan menyalahkan pembeli sampai mencanak daging kambing popular itu.
MIZZ LAHAR: Dengarnya ramai penganjur acara berebut nak Fattah muncul dalam majlis mereka.