Sherry Ibrahim ‘innocent’, tak pernah jejak kelab malam

MESKI tidak suka bersosial, pelakon Sherry Ibrahim mengakui merindui kehidupan lamanya ketika bertugas di awan biru.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, berkongsi pengalamannya sebagai pramugari dalam siaran langsung menerusi akaun media sosialnya.

“Saya suka kehidupan saya yang dulu sebagai pramugari. Saya boleh buat apa sahaja yang saya mahukan.

Tetapi saya tak liar. Saya tak pergi ke kelab, tak buat benda-benda terlarang.

“Saya memang innocent. Kalau seminggu di Paris saya akan pergi shopping, balik hotel tidur atau tengok TV. Kadang-kadang makan bersama kru yang lain sebab kami bawa bekal,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah ada pengalaman bercinta seperti orang lain sejak bergelar anak seni.

Saya tak pernah nak keluar bercinta atau pegang-pegang tangan daripada dulu, tak pernah rasa benda-benda macam itu sejak jadi artis,” kongsinya.

Sebelum ini pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Teduhan Kasih itu pernah berkhidmat di awan biru sebagai pramugari selepas tamat persekolahan.

Baru-baru ini nama Sherry kembali menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi ucapan buat bekas teman lelakinya, Fattah Amin beberapa jam selepas pelakon itu bercerai. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok