PEMPENGARUH media sosial popular, Ameera Khan mengakui dia lebih tertarik dengan lelaki Indonesia.
Menurut Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, lelaki Indonesia lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.
“Saya kenal ramai lelaki Malaysia. Mereka baik. Tetapi lelaki Indonesia mereka sangat ‘soft spoken’, sangat penyayang, sangat memahami dan mengambil berat.
Mereka tidak bersikap toksik. Jika lelaki Malaysia, berdasarkan pengalaman saya, bila mereka mula mencintai dan melindungi, mereka mula menjadi toksik.
“Tetapi lelaki Indonesia ‘best’. Mereka sangat menghormati. Malah cara mereka panggil kita pun sangat romantik.
“Hai cinta. What are you doing (apa anda sedang lakukan) cinta hatiku. Oh my god I really love that (saya sukakannya),” katanya sambil ketawa.
Ameera berkata demikian sewaktu sesi siaran langsung dalam akaun media sosialnya baru-baru ini.
Tambah adik kepada selebriti dan usahawan Noor Neelofa itu lagi, dia belum menemui cinta sejati dan masih mencari sehingga sekarang.
“Saya masih muda. Umur saya baru 23 tahun. Saya tak boleh jumpa seorang lelaki dan terus berkata he’s the one (dialah jodoh saya).
Anda perlu bertemu dan mengenali dengan beberapa lelaki dan menilai siapa yang mempunyai potensi sebagai teman. Dan, siapa yang tidak boleh pakai langsung.
“Ada sahaja lelaki yang saya kenal tak boleh pakai langsung. Zero effort (tiada usaha langsung),” katanya.
Ameera sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pelakon kacak, Meerqeen dan juga pelakon terkenal dari Indonesia, Jefri Nichol.
Namun baru-baru ini dia dilihat berkongsi foto mesra bersama seorang jejaka di London. – HIBGLAM