REAKSI pelakon Hun Haqeem yang teruja berdiri sambil bertepuk tangan ketika rakannya, Erysha Emyra diumumkan sebagai Artis Baharu Wanita popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-36 mencuri perhatian peminat.
Dalam video yang tular dalam media sosial, Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 26, dilihat memberikan ‘standing ovation’ kepada pelakon cantik itu.
Meninjau ruangan komen, netizen tertanya-tanya apakah status hubungan dua selebriti popular itu.
Malah, ada peminat menyamakan tindakan Hun seperti aktor Keith Foo ketika memberikan ‘standing oviation’ kepada kekasihnya, Riena Diana selaku pengacara ABP36 yang berlangsung pada Jumaat lalu.
“Bersungguh betul nampak Hun tepuk tangan, sampai bagi ‘standing ovation’. Beri standing o
Sudahlah bagi ‘standing oviation’, ketika orang itu (Erysha) bagi ucapan, dia rakam pula. Macam sesuatu sangat.
“Aku suka ship (hubungan) yang ini. Cara Hun dengan Erysha pun nampak macam Keith dengan Riena. Mengaku je la,” komen netizen.
Selain Hun, ada juga netizen berharap Erysha menjalin hubungan cinta dengan pelakon Meerqeen.
“Aku memang sokong Hun dengan Erysha, tapi aku lagi suka Meerqeen.
“Eryhun (gabungan nama Hun dan Erysha) tidak berapa best (menarik) berbanding Eryqeen (gabungan nama Meerqeen dan Erysha). Aku sokong Erysha dengan Meerqeen,” kata netizen.
Sebelum ini Hun dan Erysha pernah digosipkan bercinta kerana nampak akrab selepas bergandingan dalam drama Chinta Wrong Direction tahun lalu.
Kedua-duanya bagaimanapun menafikan dakwaan itu selain memberitahu tidak bersedia menjalin hubungan serius kerana mahu fokus kepada kerjaya. – HIBGLAM