“TERKEJUT apabila Keith hadiahkan telefon bimbit untuk meraikan pencapaian saya.”
Itu kata pelakon Riena Diana terkejut dan yang tidak menyangka kekasihnya, Keith Foo menghadiahkan telefon bimbit jenama iPhone 16 Pro Max berharga kira-kira RM6,000 baru-baru ini.
Menurut Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, Keith berkata hadiah tersebut sebagai pembakar semangat buat dirinya untuk lebih berjaya dalam karier seni.
“Pada awalnya dia ajak saya makan tetapi tak sangka pula ada kejutan lain.
“Katanya, hadiah tersebut bagi meraikan pencapaian saya. Dia memang selalu cakap bangga dengan kejayaan saya sebagai pelakon.
“Bermula dengan pementasan teater kemudian menjadi hos untuk pentas Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) pula. Jadi, hadiah ini untuk naikkan semangat saya,” katanya kepada HibGlam pada sidang media drama Salju Di Bumi Auckland, hari ini.
Sementara itu, Keith pula memberitahu tindakannya menghadiahkan telefon bimbit itu kerana berasa bangga dengan pencapaian kekasihnya sepanjang tahun ini.
“Hadiah telefon bimbit itu untuk kegunaan dia juga, tetapi lebih kepada nak menghargai dan saya pun rasa bangga dengan pencapaian Riena tahun ini.
“Sebelum ini dia takut nak berlakon teater tapi dia sahut cabaran dan dapat jadi hos ABP36.
“Hadiah itu juga sebagai motivasi untuk dirinya menjadi individu dan anak seni yang lebih baik. Harap dia jangan berhenti dan berusaha menjadi lebih baik,” ujarnya.
Terdahulu, Riena berkongsi video memaparkan momen gembira menerima hadiah sebuah iPhone 16 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan 20 September lalu. – HIBGLAM