Park Ji-ah meninggal dunia akibat strok iskemik

PELAKON drama popular The Glory, Park Ji-ah dilaporkan meninggal dunia akibat saluran darah di otak tersumbat, pukul 2.50 pagi tadi.

Berita kematian pelakon berusia 52 tahun itu disahkan agensinya, Billions yang memaklumkan pemergian aktres terbabit berpunca daripada serangan strok.

“Park Ji-ah meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas mengalami strok iskemik iaitu pembuluh darah di otak tersumbat.

Majlis pengkebumian mendiang akan dilakukan di Dewan Pengebumian 2 di Pusat Perubatan Asan pada 2 Oktober, pukul 10 pagi.

“Kami (Billions) akan sentiasa mengenang semangat dimiliki mendiang terhadap dunia seni yang ditunjukkan sehingga akhir hayatnya,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Sebelum ini, Ji-ah bertarung dengan penyakit yang tidak didedahkan selain diserang angin ahmar.

Akibatnya, mendiang berada dalam keadaan koma sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Terdahulu, Ji-ah memulakan kerjaya seni pada 2002 menerusi filem Costal Line.

Namun kehebatan lakonannya terserlah menerusi beberapa filem seram termasuk Gidam (2007) dan Gonjiam (2018).

Nama anak jati Seoul itu semakin dikenali apabila memegang watak ibu kepada aktres Song Hye-kyo menerusi drama bersiri Netflix iaitu The Glory pada 2022.- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok