SAYA ada perasaan, bukan robot”.
Demikian pengakuan pelakon Fattah Amin apabila diminta mengulas mengenai wajahnya yang tampak sugul ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pukul 9.25 pagi tadi.
Hanya diiringi peguam, Zulkifli Che Yong, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, yang
turut kelihatan tidak bermaya berterus-terang kepada media mengenai perasaannya ketika ini.
Fattah seolah-olah mahu menzahirkan situasi dilalui apabila berdepan permohonan cerai daripada suri hidup yang masih disayanginya.
Fattah bagaimanapun tidak bercakap panjang sebaliknya menyerahkan kepada peguam untuk memperincikan kes sebutan permohonan cerai Nur Fazura dalam kamar mahkamah.
Tentu ada rasa sedih. Tolong faham diri saya. Itu sahaja, terima kasih. Teruskan doa yang baik-baik,” ujarnya sebelum terus menuju ke kereta.
Fattah yang mengenakan persalinan kemeja putih lengkap bersongkok, bergerak pulang beberapa minit selepas rombongan isterinya meninggalkan mahkamah.
Pada masa sama, ditanya mengenai permohonan cerai difailkan Nur Fazura sehari sebelum ulang tahunnya, Fattah meminta persoalan tersebut ditanya kepada pihak lain.
Itu tak boleh tanya saya kenapa sehari sebelum,” ujarnya.
Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.
Menerusi sebutan kes permohonanperceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Fattah dan Nur Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun. – HIBGLAM