590
MENOKTAHKAN karier sebagai pelakon, Lee-eun kini selesa bekerja sebagai pengurus sepenuh masa.
Aktres jelita itu berkhidmat sebagai ketua pengurusan agensi Image9 Communications yang menaungi ramai artis dan pelawak terkenal seperti Nam Hee-seok, Jo Se-ho, Ji Sang-ryul dan Kim Kyung-jin.
Transisi Lee-eun daripada dunia lakonan kepada bidang pengurusan dilaporkan sebahagian besarnya disebabkan oleh perceraiannya selain perlu menjaga ibu serta menyara keluarga selepas kematian bapa pada 2010.
Terdapat juga khabar anginmendakwa Lee-eun kini hangat menjalin hubungan cinta dengan ketua pegawai eksekutif Image9 Communications, namun dinafi aktres itu.