Tiada angin tiada ribut, nama anggota kumpulan Exid, Hani meledak dalam media sosial apabila bakal suaminya Yang Jae-woong dituduh lalai dalam menjalankan tugas sebagai pakar psikiatri sehingga menyebabkan kematian seorang pesakitnya.
Menurut sebuah laporan, pesakit itu dilaporkan mengalami masalah ketagihan ubat kurus dan meninggal dunia selepas 17 hari menerima rawatan di hospital milik Jae-woong.
Sebelum itu, pesakit mengadu mengalami kesakitan di bahagian abdomen namun diabaikan dan tiada bantuan perubatan diberikan.
Susulan kejadian itu, rata-rata netizen mula menyerang Instagram Hani kerana tidak berpuas hati dengan perkara itu.
Lebih mengundang rasa marah netizen apabila Hani mengumumkan perkahwinannya selepas tiga hari kematian pesakit itu.
Mereka turut meminta Hani mempertimbangkan keputusan untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.
“Mohon Hani fikirkan semula keputusan untuk berkahwin dengan lelaki itu, bimbang hujung-hujung merana dapat suami tidak bertanggungjawab, lihat sahaja apa yang dia telah lakukan kepada pesakit tersebut,” komen netizen itu.
Hanya mahu Hani berhati-hati, buat pilihan yang terbaik,” demikian komen seorang lagi netizen.