Datuk Red, Adira kahwin Aidilfitri tahun depan

“INSYA-ALLAH, selepas raya Aidilfitri tahun depan kami akan berkahwin.”

Demikian perkongsian usahawan Datuk Seri Adnan Abu mengenai perancangan menyunting semula penyanyi Adira Suhaimi sebagai suri hidupnya.

Menyifatkan dirinya sebagai lelaki paling bertuah, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red atau nama sebenarnya bersyukur Adira dapat menerimanya semula selepas rumah tangga mereka berakhir pada April lalu.

“Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Saya dan Adira kembali bersama. Apa yang anda lihat dalam siaran langsung sebelum ini memang kami telah berbaik.

“Syukur Adira memberi peluang selepas melihat perubahan saya,” katanya.

Kata Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 46, dia sudah bertemu dengan keluarga Adira untuk membincangkan mengenai perancangan perkahwinan mereka.

“Saya sudah bertemu dan berbincang dengan keluarga Adira mengenai perancangan perkahwinan kami.

“Dan, buat masa sekarang kami fokus kepada usaha mencari rezeki dahulu,” katanya.

Sebelum ini Datuk Red turut memberitahu dia sudah kembali berbaik dengan Adira menerusi siaran langsung di TikTok selain mengesahkan sudah lima hari bercinta.

Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan perceraian pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok