‘Rita Rudaini 10 kali lebih layak daripada Puteri Sarah’

DIANGGAP belum layak, pemilihan pelakon Puteri Sarah sebagai Ikon Ibu Tunggal sempena Malam Anugerah Mommyhana, baru-baru ini menjadi perdebatan dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen mempersoalkan inspirasi yang dipamerkan bekas isteri Syamsul Yusof itu selain menganggap gelaran berkenaan sepatutnya lebih tepat diberikan kepada pelakon Rita Rudaini.

Netizen berpendapat Rita sudah lama bergelar ibu tunggal selain bergelut menguruskan anak-anak sendirian dari kecil sehingga remaja.

Malah, perjalanan hidup pelakon drama Rafflesia itu bersama dua puteranya juga lebih menyentuh hati dan menyuntik inspirasi berbanding kehidupan dilalui Puteri Sarah.

Jujurnya saya tiada masalah pun dengan Puteri Sarah, tapi kalau kita mahu cerita mengenai ikon, rasanya Rita Rudaini 10 kali lebih layak, banyak pengorbanan dan inspirasi yang boleh kita dapat daripada kisahnya,” komen seorang netizen.

“Rita sudah lama jadi ibu tunggal dan semua nampak dia seorang yang hebat. Anak-anak dijaga dengan baik. Tetapi itulah orang cakap rezeki tak pernah salah alamat,” komen seorang pengguna media sosial.

Kalau saya, saya pilih Rita, terlalu bagus dan sangat ikonik. Didik anak semua menjadi,” tulis peminat.

Dalam pada itu, semakan HibGlam mendapati bekas ibu mentua Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail turut meninggalkan komen sebagai tanda sokongan.

Puteri Sarah layak atau tidak segalanya atas izin Allah!,” komennya ringkas.

Difahamkan pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin itu meraih anugerah berkenaan kerana memberi impak positif kepada masyarakat.

Selain ibu kepada dua cahaya mata itu, pasangan selebriti Nad Zainal dan Engku Ismail turut menerima anugerah khas pada majlis berkenaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok