Senyap-senyap, Sean Lee dah kahwin?

Tiada angin tiada ribu, pelakon Sean Lee membuat kejutan apabila mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang juga model, Bay Doucet.

Khabar gembira tersebut dimaklumkan Sean atau Sean Lee Jia Ern, 30, menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa keping foto berbusana putih.

Tanpa memperincikan lebih lanjut, pelantun lagu Tak Sanggup Terima itu hanya meninggalkan kapsyen pendek: “Too cute to gatekeep (Terlalu comel untuk disimpan).”

Lebih menguatkan dakwaan perkahwinan mereka apabila Sean turut meninggalkan gambar rawak yang memperlihat tarikh 7 Julai 2024 bersama tulisan just married (baru berkahwin)  pada hari ini.

Berdasarkan pemerhatian HibGlam, Sean juga memuat naik hantaran seolah-olah gambar praperkahwinan sejam sebelum berkongsi tentang majlis tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin seperti Hun Haqeem, Aiman Hakim Ridza, Nora Danish dan Scha Alyahya.

Dalam masa sama, peminat juga terkejut dengan khabar gembira berkenaan, namun tetap merestui kebahagiaan artis kesayangan mereka.

Drama atau kahwin betul? Apa-apa pun tahniah,” ujar peminat.

“Apa ini? Tahu-tahu sahaja artis kegemaran saya sudah berkahwin,” kata pengikut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok