TERSILAP langkah, pelakon Seo Min-jae mendedahkan dirinya menjadi mangsa ugutan bekas kekasih yang mahu menyebarkan foto peribadinya kepada umum.
Ujar bekas peserta program Heart Signal musim ketiga itu, dia tidak menyangka lelaki dikenali sebagai Nam Tae-hyun itu tergamak melakukan perkara tersebut kerana sebelum ini budiman orangnya.
Min-jae berkata, jejaka terbabit mahu menyebarkan foto tidak senonohnya dengan tujuan merosakkan reputasi dan nama baik keluarganya.
Dia hantar beberapa gambar peribadi saya yang sebelum ini dia janji nak padam. Sekarang dia mahu sebarkan pula kepada orang ramai.
“Tak sangka orang yang pernah saya rapat sanggup melakukan perkara ini. Saya juga pernah menulis lagu yang ditujukan kepadanya,” ujar Min-jae menerusi platform media sosialnya. – HIBGLAM