Dibenci, itu masalah dia – Ruhainies

SEAKAN-AKAN memujuk hati, pelakon Ruhainies menyifatkan individu yang masih menyimpan kebencian terhadap dirinya mempunyai masalah sendiri.

Kata Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, pihak terbabit juga seperti mahu menjatuhkannya.

“Namun jawapan Tuhan di sebalik pertanyaan hamba-Nya adalah dengan mengatakan itu adalah masalah si pembenci dan bukan masalah individu yang dibenci,” katanya menerusi perkongsian Instagram Story.

Pelakon drama rantaian Terjerat itu berkongsi luahan perasaannya menerusi tangkap layar mutiara kata berupa soal jawab dengan Tuhan.

Begitupun, tidak diperincikan sama ada perkara berkenaan membabitkan isu dengan bekas isteri hero dalam drama Terjerat, Bella Astillah atau berkaitan pihak lain.

Tanpa memberi sebarang sebab atau pencerahan mengenai hantaran itu, Ruhainies hanya meletakkan emoji senyum.

Sebelum ini dia masih dihujani kecaman ramai susulan kes khalwat dengan pelakon Aliff Aziz pada 8 Mac lalu.

Kata nista terus dilemparkan kepadanya selepas Aliff dan Bella bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok