BEKAS kekasih pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine ingin membuka fasa baharu dalam hidup apabila enggan lagi menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.
Katanya, dia kini lebih selesa berkawan sahaja termasuk dengan mana-mana lelaki, sekali gus menutup kisah silamnya.
“Saya dengan lelaki (suami) orang semua hanya berkawan sahaja sekarang.
“Tak ada satu pun yang disondol dengan saya lagi ya, sampai semua habis, tutup buku.
“Tutup cerita biarpun di mana-mana masih ada lelaki orang,” katanya dalam Instagram Story.
Menerusi hantaran sama ibu tunggal anak dua itu turut menempelak pelakon yang ditangkap khalwat dengan Aliff iaitu Ruhainies.
“Saya jenis tahu malu, saya bukan sama spesis macam Ruhainies. Sekian terima kasih,” ujarnya.
Sebelum itu Sarah juga dilihat menyindir aktres tersebut yang berkongsi tangkap layar hantaran temannya mengenai sikap gemar belanja makan.
“Setahu saya dia suka makan sisa orang,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, wanita asal Singapura itu mencabar Ruhainies untuk membelanjakan wang dengan memberi rakyat Palestin makan.
“Nak buat apa dengan informasi ini? Kalau betul info ini penting sangat setakat pasal dia suka belanja orang, belanja satu Palestin, aku nak tengok kebaikan berapa jauh atau semua memang setakat untuk media saja,” tulisnya.
Mei lalu Sarah, 24, menerima notis perintah mahkamah Singapura yang melarangnya mengulas atau memuat naik kandungan mengenai Aliff.
Konflik antara dua wanita terbabit tercetus susulan pendedahan Sarah yang mendakwa Ruhainies mempergunakan Aliff untuk menjatuhkan isteri aktor itu, Bella Astillah.
Kemunculannya secara tiba-tiba dikatakan atas dasar mahu membersihkan nama Aliff selepas hanya pelakon itu dikatakan menjadi mangsa kecaman akibat ditangkap khalwat dengan Ruhainies. – HIBGLAM