BIARPUN baru tiga hari melahirkan cahaya mata kedua, bentuk badan pelakon Zahirah MacWilson dilihat seperti tidak mempamerkan sebarang perubahan.
Zahirah, 29, yang berkongsikan video dalam Instagram pada hari ini menunjukkan fizikalnya kekal kurus dengan raut wajah yang jelita dengan memapai baju tidur berwarna hitam.
“Tidak banyak, hanya melahirkan anak kamu?” tulisnya ringkas dalam Instagram.
Perkongsian isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu lantas memicu banyak komen positif yang rata-rata memuji kecantikannya.
Penampilannya yang dilihat tiada perubahan itu menyebabkan ada netizen mengatakan Zahirah seperti baru bangun tidur.
“Ini baru bangun tidur ke, baru lepas bersalin?
“Kelihatan seperti anda seperti bersin bayi itu keluar. Alhamdulillah, tahniah.
“Nampak kurus terus. Perut Zahirah langsung tiada ‘lebihan’ macam poket kanggaru,” kata netizen di ruangan komen.
Terdahulu, Zahirah melahirkan anak perempuan di Perth, Australia yang diberi nama Inara Raisa.
Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Isaac Raees, 3. – HIBGLAM