BERHEMPAS pulas menghabiskan pengajian di universiti selepas 10 tahun tertangguh, pelakon Goo Hye-sun memilih untuk meninggalkan dunia glamor demi memberikan sepenuh tumpuan terhadap kuliah.
Kendatipun sudah meniti usia 40-an, aktres jelita itu tidak pernah berasa malu untuk kembali menyambung pelajaran dan dikelilingi pelajar yang jauh lebih muda.
Tidak hanya itu, pelakon drama Name Of Love itu juga sanggup tidur dalam kereta kerana tidak mahu ketinggalan menghadiri kelas pagi di institusi berkenaan.
“Saya bekerja keras untuk mencari rezeki (berlakon) dan pada 2011 dapat menyambung pengajian dalam bidang filem.
Selepas 10 tahun tertangguh, saya kembali dan kini sudah hampir empat tahun meneruskan pengajian.
“Untuk sampai ke universiti, ambil masa empat jam memandu. Jadi, jika ada peperiksaan atau majlis penting saya akan tidur dalam kereta atau di perpustakaan supaya tidak terlewat,” katanya dalam sebuah program temu bual.- HIBGLAM