KENDERAAN jenis karavan semakin mendapat perhatian dan mempunyai peminat tersendiri di Malaysia.
Tidak terkecuali, golongan selebriti seperti Shukri Yahaya turut dilihat tertarik dengan keunikan ciri-ciri karavan yang dilengkapi dengan beberapa kemudahan asas seperti ruang memasak, tempat tidur dan tandas.
Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu itu menarik perhatian pengguna media sosial apabila dikatakan telah membeli sebuah karavan.
Melihat ruangan komen video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok dan Instagram, rata-rata peminat menyokong usaha pelakon itu selain berharap untuk turut memiliki kenderaan tersebut.
Menarik kalau bawa pergi ‘shooting’ (penggambaran). Lepas ini bawa pergi stesen minyak Genting, baru gempak.
“Untung, selepas ini tidak perlu tumpang rumah kawan lagi.
Bagus kalau pelakon guna kenderaan seperti ini. Kadang-kadang penggambaran mengambil masa lama. Tidak perlu risau hendak balik rumah,” kata peminat.
Dalam video tersebut, Shukri dilihat leka mengemas beberapa kelengkapan sambil memasang peralatan elektrik seperti televisyen.
Difahamkan harga sebuah karavan di Malaysia dijual serendah RM60,000 sehingga RM200,000 seunit. – HIBGLAM
View this post on Instagram