PELAKON Noorkhiriah mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan video miliknya menerusi akaun palsu dalam aplikasi Tik Tok.
Khiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Ahmad Sapie, 46, berkata, video yang dimuat naik tujuh tahun lepas kembali tular dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika kandungan tersebut belum dipadam.
“Tular balik video ini dalam Tiktok, video ini sudah tujuh tahun.
Mohon kepada pemilik akaun Tik Tok ini padam akaun yang menyamar jadi saya sebelum tindakan diambil,” tulisnya menerusi Instagram.
Dalam video tersebut, Khiriah berkongsi mengenai keputusannya untuk bersara daripada karier lakonan.
Menjelaskan isu itu, dia menegaskan masih aktif berlakon dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran.
Saya elok sahaja menjalani penggambaran. Baru selesai pukul 7 pagi tadi (Rabu),” katanya.
Akaun yang menggunakan nama pelakon berkenaan turut berkongsi aktiviti lain dilakukan oleh Khiriah dan mempunyai jumlah pengikut sebanyak 3,376.
Susulan penularan video tersebut, ramai peminat dan rakan artis salah faham dengan menganggap Khiriah sudah menoktahkan kembara seninya.
Terdahulu, sekitar 2016 Khiriah pernah meluahkan hasrat untuk berhenti berlakon menerusi sebuah video dalam media sosial.
Bagaimanapun, Khiriah kembali aktif dalam industri hiburan selepas menerima banyak tawaran. – HIBGLAM