Anzalna, suami sama-sama ‘masuk air’

KETIKA ramai mencemuh busana pernikahan adiknya, Afifah Nasir, pelakon Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki pula mencuri perhatian netizen dalam media sosial.

Semuanya gara-gara Anzalna dan Hanif yang membuat video parodi bagi lagu raya berjudul Raya Di Rumah Dinda nyanyian Dina Nazir dan Xpose Band.

Menerusi video tersebut, Anzalna turut menyifatkan Hanif over dalam melakonkan babak parodi tersebut.

Overlah suami saya ini,” katanya.

Gelagat Hanif yang tidak kekok ‘masuk watak’ dan berlakon di depan kamera membuatkan ramai terhibur malah memujinya mempunyai bakat semula jadinya sebagai pelakon

“Sekarang kami keliru sama ada Hanif atau Anzalna pelakon.

“Seronok betul tengok gelagat suami isteri ini. Makin lucu ya Hanif!” komen netizen.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok