Mana ada bermasam muka dengan Denden – Search

“Kami tidak ada masalah dengan Denden.”

Itu kata pemain gitar band rock legenda Search, Din sekali gus menafikan dakwaan wujud konflik dengan vokalis asal Indonesia, Den Gonjalez atau Denden sehingga bermasam muka.

Din atau nama sebenarnya Noordin Mohd Taib,61, turut mengesahkan mereka masih berhubung baik dengan penyanyi terbabit.

Hubungan kami baik sahaja, tiada sebarang masalah. Saya faham ada segelintir yang komen kata kami ada masalah dalaman.

“Tetapi selepas konsert kami di Johor Baru tahun lalu, kami sangat okey dan gembira.

Jujur, kami tidak ada masalah dengan Denden, selalu sahaja berhubung dan ada masa kami berbual berjam-jam lamanya,” kata Din dalam sidang media Konsert Search Gemuruh di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Din atau nama sebenarnya, Nordin Taib, 60, jika benar Denden ada masalah, perkara itu boleh diselesaikan secara bersama.

Kami yang jaga dia, kadang-kadang saya jaga dia seperti bayi, jadi kalau ada sesuatu boleh saja diselesaikan,” ujarnya.

Ditanya tentang dakwaan Dendang dikatakan semakin ‘demand’, Din berkata itu perkara biasa dalam industri muzik dan tiada apa yang perlu dikecohkan.

“Sikap demanding perkara biasa, saya tak boleh nak cakap lebih-lebih. Dia sendiri tahu nak ‘demand’ tentang apa dan tahu keadaan itu macam mana.

Kalau betul dia ‘demand’ atas sebab apa? Setiap kali ke sini kami sediakan ‘butler’ dan pemandu untuk dia. Tentang soal bayaran pula, sebanyak mana kami dapat, kami akan kongsi bersama.

“Sekali pun kami tak ketepikan dia,” jelas Din.

Mengulas lanjut keputusan tidak mengundang Denden pada Konsert Search Gemuruh yang bakal berlangsung pada 29 Jun depan di Zepp Kuala Lumpur,  Din yakin penyanyi itu faham kerana sudah dimaklumkan sejak konsert pertama mereka, Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell.

Hampir dua tahun lalu, penglibatan Denden hanyalah berdasarkan projek.

“Terpulang kepada Search mahu menjemput sesiapa sebagai vokalis,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengapa Search tidak mengambil penyanyi tetap. Kid atau nama sebenarnya, Hamzah Mohd Taib berkata, itu bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan.

Nak cari vokalis tetap kena tengok penyanyi lama dahulu. Kena sama ‘level’ atau lebih baik.

“Pelbagai kriteria kena fikir untuk menjadi penyanyi tetap Search,” tegasnya.

Konsert Search Gemuruh akan menyaksikan gandingan mantap Kid dan Din bersama Min (dram) dan Rozaimie (pemain bass Barbarik) sebagai pemuzik undangan serta serta Amir Masdi selaku penyanyi.

Segmen persembahan khas pula menampilkan Ritz Metalasia, Muzza, Addy Cradle, Rozario Rasul, Ujang Exist, Fly Halizor dan Jovita Pearl (X Factor Indonesia).

Menerusi konsert berdurasi dua jam 45 minit itu, penonton akan dihiburkan dengan 16 lagu tanpa henti. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok