[VIDEO] Intim dengan wanita Pakistan, Ammar Alfian bercinta?

SELEPAS empat tahun menduda, pelakon Ammar Alfian kini dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta.

Perkara tersebut menjadi bualan sebilangan netizen selepas  sebuah perkongsian TikTok seorang wanita yang dipercayai kekasihnya bernama Qhaisha tersebar.

Video berdurasi 47 saat terbabit memperlihatkan kemesraan Ammar yang sedang berseronok dengan wanita itu di sekitar Kuala Lumpur.

Malah, kapsyen video tersebut turut menguatkan spekulasi percintaan mereka.

My lover (cinta hati saya),” tulis wanita berdarah Pakistan itu.

Sebelum ini, Ammar pernah mendirikan rumah tangga bersama Nelissa Nezam pqda Mac 2016.

Rumah tangga mereka diserikan dengan seorang cahaya mata lelaki bernama Kyro Shakur.

Bagaimanapun, sekirar Oktober 2020, pelakon filem Paskal itu mengesahkan perceraiannya dengan Nelissa secara tebus talak. – HIBGLAM

@hibglam.com.my

KALAU betul Ammar Alfian sedang bercinta, min doakan semoga cepat-cepat naik pelamin. Jangan lupa jemput min ke majlis perkahwinan ya. Cantik bakal isteri Ammar 😉 Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #ammaralfian #cinta #pelakon

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok