PENYANYI dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw berkongsi khabar duka kehilangan adik kandungnya, Shanty Yuliet Goeslaw yang meninggal dunia, semalam.
Berita kematian Shanty yang turut dikenali sebagai Uli Goeslaw itu telah dikongsikan sendiri Melly menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Bagaimanapun, penyanyi itu tidak menyatakan punca kematian adik kesayangannya itu.
Selamat jalan adikku Shanty Yuliet Goeslaw (Uli Goeslaw), berbahagialah di sana,” tulisnya.
Walaupun berbeza agama, Melly yang kini bergama Islam dan suaminya, Anto Hoed hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di rumah duka tempat mayat adiknya akan dikubumikan.
Dalam suasana pilu, pelantun lagu Gantung itu menghampiri keranda yang menempatkan mendiang adiknya dan mengusap lembut tangannya.
Bahkan, Melly turut dilihat menitipkan kata-kata terakhir dan memanjatkan doa buat mendiang sekali gus menyatakan hasrat agar mereka bertemu lagi.
Nona manis nona ambon tak perlu lagi susah-susah memikirkan masalah di dunia ini sayang. Moga nanti kita bertemu lagi,” luahnya.
Biarpun berbeza agama, hubungan keluarga Melly tetap utuh. Imbas kembali, Melly dibesarkan sebagai penganut Kristian sebelum memilih untuk memeluk agama Islam lebih sedekad lalu. – HIBGLAM