685
KOMITED menjayakan watak dalam drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, pelakon Lee Sung-kyung berjaya menaikkan berat badan dengan cepat walaupun diberi masa yang singkat sebelum penggambaran.
Usaha tersebut bagaimanapun ‘menghadiahkan’ parut kekal buat Sung-kyung apabila mempunyai selulit atau stretch mark akibat kenaikan berat badan secara mendadak.
Saya tambah berat kira-kira 10 kilogram untuk Weightlifting Fairy Kim Bok Joo.
“Malah, saya masih ada stretch marks (selulit) akibat berat badan yang naik dengan cepat semata-mata untuk drama tersebut,” katanya. – HIBGLAM