[VIDEO] Arieff Yong kini tunangan wanita Sepanyol

PENYAMPAI radio Fly FM, Arieff Yong akhirnya melamar kekasihnya, Sylvia Good di sebuah pawagam pada 10 Februari lalu selepas dua tahun bercinta.

Pemilik nama lengkap Arieff Efenddy Yong itu mengakui sudah bersedia mendirikan rumah tangga dengan wanita asal Sepanyol itu yang disifatkan sebagai anugerah terindah.

Saya bertunang dengan cinta hati saya hari ini (10 Februari). Saya kena rahsiakannya sepanjang seminggu kerana mahu melamarnya dalam pawagam. Jadi, saya kena rancang segalanya.

“Buat Sylvia Good, sejak pertemuan pertama kita, saya tahu perjalanan bersama kamu sangat luar biasa.

Hari ini, selangkah lagi kita akan hidup bersama, cinta saya terhadap kamu terus mekar,” katanya.

Sebagai pempengaruh, jejaka berusia 29 itu tidak menafikan sering berdepan godaan dalam media sosial meski terbuka berkongsi kisah cintanya dengan Sylvia.

“Rasanya semua pengikut tahu yang saya sudah ada teman wanita. Saya tak pernah berahsia soal peribadi.

“Tak dinafikan, saya ada terima mesej peribadi berbentuk godaan dalam media sosial tetapi tak layan pun,” ujarnya.

Arieff dan Sylvia mula menjalin hubungan pada April 2022 dan sering menghasilkan kandungan media sosial bersama. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ARIEFF YONG (@arieffyong)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok