Kuat merokok, Meenoi dilabel tak bermoral

TIDAK sengaja menampakkan kotak rokok dan puntung rokok yang bertaburan ketika melakukan siaran langsung dalam platform sosial media, penyanyi Meenoi dikecam teruk selain disifatkan wanita tidak bermoral.

Lebih keji, netizen menganggap wanita berusia 27 tahun itu tidak sensitif apabila merokok dalam rumah dan ruang tertutup tanpa memikirkan keadaan orang sekeliling termasuk kucing peliharaannya.

“Muka sahaja nampak baik, tetapi perangai tidak bermoral, lihat puntung rokok di belakang, dia  mengalahkan orang lelaki, keji kehidupan awak,” komen seorang netizen.

“Tolonglah sensitif dengan orang sekeliling jika ingin merokok, asap rokok berbahaya kepada orang lain dan termasuk kepada kucing peliharaan awak itu, kasihan binatang dapat tuan tiada otak,” demikian komen seorang lagi netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok