MENGAMALKAN diet ekstrem dan benar-benar menjaga pemakanan, pelakon Roh Jeong-eui mendedahkan berat badannya hanya 39 kilogram (kg).
Sebelum ini, aktres jelita itu turut berkongsi bahawa dia hanya mempunyai 5.7 kg lemak badan selepas bersungguh-sungguh bersenam.
Menyangka pencapaiannya bakal dipuji namun kata nista yang diterima apabila rata-rata netizen menyifatkan wanita putih gebu itu terlalu kurus dan kelihatan seperti orang sakit.
“Cantik ke jika terlalu kurus? Awak kelihatan seperti sakit dan cengkung persis kebuluran,” komen netizen itu.
“Awak kelihatan tidak sihat, benar terlalu gemuk bakal mendatangkan banyak penyakit tetapi terlalu kurus juga tidak cantik, seperti kurang zat,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial. – HIBGLAM