‘Bercakap 20 minit bayaran RM4,000, lagi untung!’

PELAKON Adam Corrie mendedahkan, bayaran atau payment sebagai pendakwah bebas lebih berbaloi berbanding bekerja dalam bidang lakonan. 

Ujar pelakon yang memeluk Islam pada  2007 ketika berusia 39 tahun itu, bayaran yang diterima lebih ‘masuk akal’.

Saya pernah dibayar RM4,000 tunai, untuk bercakap selama 20 minit.

“Saya hanya berkongsi cerita penghijrahan saya tanpa melibatkan soal harga. Saya ikhlas kerana Allah SWT, tetapi saya dibayar lebih daripada bayaran untuk berlakon.

Berbanding bayaran yang saya dapat sebagai pelakon, saya pernah diminta untuk habiskan beberapa babak dalam masa sehari dan dibayar cuma RM500.

“Hina sangat ke saya sehingga mereka (orang industri) merendah-rendahkan saya,” katanya.

Belajar daripada pengalaman, Adam kini tidak lagi berharap kepada sesiapa (manusia), kerana mereka juga adalah makhluk Tuhan.

Sejujurnya sekarang saya tidak lagi berharap pada sesiapa. Bukan mereka (manusia) yang beri saya rezeki. Cuma rezeki itu diberikan melalui manusia. Yang memberinya adalah Allah.

“Saya sudah berhenti berharap daripada sesiapa pun. Apa yang saya lakukan sekarang ialah bangun pada pukul 4.30 pagi, menghadap ‘Dia’ (Allah), solat dua rakaat dan minta pada-Nya.

Sama ada dapat atau tidak, Dia yang mengatur. 

“Kalau tak dapat di sini, mungkin di tempat lain. Sekarang bila jumpa mana-mana produser atau pengarah, saya tidak akan tanya langsung tentang ‘job’.

“Sebab saya pernah ditendang seperti bola, kerana dianggap menagih tawaran daripada mereka,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok