CEO pusat perubat bagi bayangan hamil, Uqasha kata tidak?

TIADA pun buat masa sekarang.”

Demikian jawapan ringkas pelakon Uqasha Senrose mengenai spekulasi berbadan dua selepas dipercayai hadir di sebuah pusat perubatan swasta, baru-baru ini.

Desas-desus itu semakin meyakinkan apabila hantaran dalam TikTok menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pusat perubatan terbabit menyambut kedatangan Uqasha dan suami sambil memberi gambaran seolah-olah mereka bakal menyandang gelaran baharu.

Selamat datang Uqasha dan Kamal. Selamat menjadi ibu bapa,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, ketika dihubungi HibGlam, isteri kepada aktor Kamal Adli itu meminta bukti mengenai hantaran tersebut sambil memaklumkan tidak mengenali individu terbabit.

Siapa yang buat hantaran tersebut pun saya tidak tahu,” jawabnya ringkas.

TULAR foto Uqasha Senrose dan suami, Kamal Adli bersama individu didakwa ketua pegawai operasi sebuah pusat perubatan swasta.

Selepas meletakkan telefon, HibGlam menghantar segala bukti untuk mendapatkan jawapan daripada pelakon filem Sumpahan Jerunei itu.

Namun, apabila melihat segala bukti itu, dia gagal dihubungi walaupun sudah berjanji untuk memberikan maklum balas.

Ini bukan kali pertama anak jati Kelantan itu diasak dengan spekulasi hamil apabila ramai mengakui nampak ‘baby bump’ dalam beberapa video siarang langsung TikTok.

Ketika ditemui media pada November lalu, pemilik nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan dirinya berbadan dua.

Sebelum ini, Uqasha mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu ketika menunaikan umrah pada awal 2022 dan sekitar November tahun sama.

Aktres itu sah bergelar isteri kepada Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, , 37, pada 5 November 2021 di Bentong, Pahang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok