Soalan macam orang tak sekolah! – Intan Najuwa

 Jangan tanya soalan macam orang tak sekolah, penat nak jawab.”

Demikian respons aktres Datin Intan Najuwa apabila seorang pengguna laman sosial mempersoalkan mengapa suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman kuat berpeluh.

Menerusi muat naik video dalam TikTok, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi momen indah majlis sambutang ulang tahun suaminya bersama teman-teman rapat.

Bagaimanapun, yang menarik perhatian segelintir netizen adalah keadaan suaminya yang sentiasa kelihatan ‘basah’ disebabkan mudah berpeluh di tempat panas.

Dia memang jenis cepat berpeluh dan ada je orang yang cepat berpeluh. Terutama bila tempat panas,” katanya membalas komen peminat.

Ramai peminat bersetuju dengan Intan, 27, dengan menyatakan mengalami perkara sama dan itu perkara normal bagi manusia.

“Saya pun jenis cepat peluh, baru sampai tempat panas tak sampai seminit berjurai peluh.

“Betul, ada orang jenis tangan cepat berpeluh. Kasihan member,” kata peminat.

Sebagai rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, pada Ogos lalu. – HIBGLAM

@intannajuwaaa

Husband birthday brunch! 💘

♬ dilemma – ☆

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok