Kangmin kini pelakon

Minat mendalam dalam bidang lakonan mendorong anggota kumpulan Verivery, Kangmin untuk mencuba nasib bergiat aktif dalam caban seni tersebut.

Malah agensinya, Jellyfish Entertainment turut mendedahkan bahawa Kangmin berjaya mendapatkan watak Joo Seon-jae dalam drama web akan datang bertajuk Just Lift a Finger.

Watak Kangmin iaitu Seon-jae merupakan pelajar di Sekolah Menengah Seni Hanyang, pakar dalam muzik yang mempamerkan bakat luar biasa sebagai komposer baharu.

Menariknya, usai pendedahan mengenai penglibatan idola kacak itu dalam dunia lakonan, namanya terus sohor kini dalam media sosial di Korea Selatan.

Rata-rata peminatnya turut sama teruja menantikan debut artis kegemaran mereka itu dalam bidang lakonan.

“Wah, cepatlah bulan Disember, saya sudah tidak sabar lagi untuk melihat oppa (abang) berlakon” komen seorang netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok