Bintang K-Pop ‘perang’, bermusuh

KONFLIK ataupun masalah yang besar terkadang tidak mudah untuk diselesaikan dalam menjalin hubungan persahabatan. Perbezaan pendapat dan hala tuju sebuah perhubungan juga dapat menjadi penyebab utama musnahnya sebuah ikatan.

Perkara sama pernah memicu permusuhan dalam kalangan artis Korea Selatan.  

Kimchi Panas minggu ini membariskan beberapa artis K-Pop yang memilih untuk kekal bermusuhan dek kesulitan menemukan jalan keluar mahupun solusi untuk berdamai.

G-Dragon vs T.O.P

G Dragon dan T.O.P

Bekas ahli kumpulan BigBang, T.O.P memutuskan hubungan persahabatannya dengan G-Dragon selepas dia bertindak menyekat akaun Instagram bekas ketua kumpulan itu.

Malah, G-Dragon juga dikatakan  membuang semua gambar dan video berkaitan T.O.P dalam apa jua platform media sosialnya.

T.O.P menamatkan kontraknya dengan YG Entertainment pada Februari tahun lalu, namun bagaimanapun label itu memaklumkan, dia masih akan terlibat dalam aktiviti dan promosi kumpulan Big Bang. 

Bagaimanapun, T.O.P memaklumkan kepada peminat bahawa dia telah menarik diri daripada kumpulan itu pada Mei lalu.

Sejak itu, hubungan T.O.P dengan G-Dragon mulai dingin seolah-olah saling membenci antara satu sama lain.

PSY vs Kim Jang-hoon

PSY dan Kim Jang-hoon

PSY dan Jang-hoon dikenal khalayak sebagai sahabat rapat yang sentiasa ada buat satu sama lain dan bahkan, boleh dikatakan hubungan mereka seperti adik-beradik.

Bagaimanapun hubungan mereka mulai retak tahun 2004 apabila Jang-hoon menuduh PSY menciplak keseluruhan idea penyanyi itu untuk konsertnya. 

Susulan itu, mereka bermusuhan selama dua tahun kemudian berbaik semula pada 2007.

Pada tahun 2009, kedua-dua mereka menjadi duo dan aktif dengan jelajah konsert berjudul One Touch. Namun, Jang-hoon bertindak menghentikan konsert itu karena kembali ‘mencuka’ dengan PSY. 

Difahamkan, mereka bergaduh atas masalah sama seperti sebelumnya iaitu menciplak idea konsert dan sejak itu, mereka saling berseteru dan membenci antara satu sama lain.

Jiyoung  vs Jiyoon

JIYOUNG dan Jiyoon

Pemergian Jiyoon daripada kumpulan BOL4 pada tahun 2020 menimbulkan banyak spekulasi mengenai perseteruannya dengan anggota lain iaitu Jiyoung. 

Spekulasi tersebut semakin kencang bertiup apabila Jiyoon melancarkan muzik solonya yang dikatakan ditujukan khas untuk menyindir bekas ahli kumpulan BOL4.

Sebagai balasan, Jiyoung bertindak berhenti mengikuti akaun Instagram Jiyoon kerana berasa sangat terluka disebabkan tindakan Jiyoon yang dianggapnya seperti ‘menikam’ dirinya. 

Enggan perkara tersebut semakin berlarutan, Jiyoon tampil menjelaskan, lagu solonya itu bukan untuk menyindir Jiyoung. 

Sebaliknya, karya tersebut sudah  lama dibikin sebelum mereka bergaduh. 

 Doyool vs D.O 

DOYOOL dan D.O

Kecoh dalam media sosial apabila seorang penyanyi baharu, Doyool secara lantang mengkritik lakonan anggota kumpulan Exo, D.O yang dikatakan sangat kayu dan tiada jiwa.

Lebih teruk, penyanyi itu berpendapat, D.O sebenarnya bukan idola yang berbakat dalam lakonan dan hanya terjun ke dalam bidang tersebut kerana pertolongan agensinya. 

Tidak melatah, D.O membisu, namun menganggap perkara tersebut sebagai  pembakar semangatnya untuk terus memperbaiki mutu lakonannya.

Bagaimanapun menurut satu laporan, D.O tidak langsung bertegur sapa mahupun memandang muka Doyool ketika bertemu dalam sebuah program televisyen Korea Selatan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok