[VIDEO] Cinta Mimi Lana, Syafiq Kyle kembali bertaut?

SELEPAS masing-masing mengunci mulut tentang punca majlis perkahwinan dibatalkan Ogos lalu, kelibat pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana menerusi sebuah video yang tular dalam media sosial seolah-olah memberi harapan baharu bahawa kedua-dua artis itu sudah berbaik.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, Syafiq dan Mimi dilihat sama-sama menikmati hidangan di sebuah kedai masakan Thailand.

Mimi menerusi video tersebut berkata, hampir setiap minggu dia akan ke kedai tersebut sekali gus memberi gambaran bahawa hubungan yang dingin selama ini sudah kembali pulih.

“Tiap-tiap minggu datang sini. Semua makanan sedap. Ada sup, somtam, pulut mangga.

“Ikan miang pla paling sedap tapi kali ini nak cuba ikan bakar pula,” katanya sambil tersenyum.

Mengintai ruangan komen, rata-rata gembira melihat video tersebut dan mendoakan agar cinta Mimi dan Syafiq bertaut kembali.

“Alhamdulillah, Mimi dan Syafiq sudah berbaik semula. Semoga sampai ke jenjang pelamin,” tulis satu komen.

Sebelum ini, Mimi dan Syafiq membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Namun begitu, sama ada Mimi mahupun Syafiq, tiada siapa antara mereka yang membuka mulut mengenai perincian mengenai punca sebenar pembatalan itu.

Sementara itu, Syafiq dan Mimi gagal dihubungi Utusan Malaysia bagi mendapatkan respon mengenai status hubungan mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok