Bayaran Korea lebih tinggi – Jaejoong

PENYANYI Jaejoong mendedahkan bahawa dia memperoleh pendapatan sembilan kali lebih tinggi di Korea Selatan berbanding Jepun.

Hal tersebut diluahkan dalam sebuah rancangan temu bual apabila disoal mengenai jurang perbezaan pendapatan antara di Korea dan Jepun.

“Saya rasa terdapat perbezaan yang ketara kerana Korea membayar lebih, manakala Jepun bayar kurang daripada yang sepatutnya.

“Dalam drama, filem, rancangan realiti dan iklan sememangnya Korea bayar lebih banyak.

“Saya pula dibayar sembilan kali ganda lebih di sini,” dedahnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok