Azmi Saat timang anak perempuan

VOKALIS Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menimang cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan pukul 3.28 petang tadi.

Penyanyi itu bersyukur apabila permata hati yang dilahirkan secara pembedahan dan diberikan nama Khalisa Insyirah itu dalam keadaan sihat.

Alhamdulillah. Pukul 3.28 petang isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami.

“Baby (bayi) dan ibu, kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah.

“Baby gebu. Beratnya 3.62 kilogram.Moga Khalisa Insyirah Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Pemilik nama lengkap Khairul Azmk Saat, 36, itu turut menzahirkan terima kasih atas doa orang ramai untuk keluarganya.

“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya yang turut menyertakan gambar mengendong puterinya.

Pagi tadi Azmi terlebih dahulu berkongsi hantaran mengenai isterinya yang menunggu giliran masuk ke wad pembedahan bagi melahirkan anak kedu mereka.

Terdahulu, pada September 2021, Azmi dan Nazira yang menunggu dikurniakan zuriat selama 10 tahun berdepan ujian apabila anak sulung mereka, Khairul Afnan meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok