451
ENGGAN emosi terus terpukul dek sakitnya putus cinta, pelakon Lee Dong-wook mengakui ‘sel cinta’ dalam dirinya semakin memudar malah lebih selesa hidup bersendirian.
Pelakon kacak itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk mendirikan rumah tangga sekiranya bertemu wanita yang benar-benar serasi dan memahami keperibadiannya yang boleh dikatakan agak kompleks.
“Cinta itu menyakitkan, saya selesa hidup sendiri, sel cinta dalam diri saya hampir mati.
“Apabila bersendirian, kita tidak perlukan kebenaran dengan sesiapa pun. Saya sudah biasa hidup begitu sekarang.
“Namun, sebahagian daripada diri saya kesunyian kerana bujang, jika ada wanita yang sesuai, mungkin saya akan terus kahwin,” ujarnya.