Bukan salib tetapi logo Off White, sekian.”
Demikian penegasan ringkas pelakon Scha Alyahya bagi menyangkal tuduhan netizen mengenai anting-antingnya digayakannya dianggap sebagai lambang salib.
Anting-anting berbentuk X yang digayakan pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzhir Al-Yahya itu merupakan logo jenama fesyen antarabangsa iaitu Off White.
Sejak menggayakan anting-anting yang berharga kira-kira RM 1,500, bintang drama Awan Dania itu dikecam gara-gara salah faham dengan bentuk aksesori tersebut.
“Itu lambang cross crosslet antara lambang salib. Mungkin dia tidak tahu,” kata netizen.
Saya seorang sahajakah yang perasan anting-anting dia bentuk salib?” soal pengikut.
“Kadang-kadang perkara sebegini kita kena lebih berhati-hati walaupun nampak sama. Lebih baik elakkan, tetapi itulah ramai cakap bukan,” ujar netizen.
Baru-baru ini, Scha menghadiri sidang media Hero Dewi Remaja dan menerima kecaman netizen yang lebih memberikan perhatian terhadap subang digayakan. – HIBGLAM