SELEPAS berbulan menjalani latihan ketenteraan, pelakon Kim Min-jae akhirnya berjaya menamatkan latihan malah diangkat sebagai pelatih elit terbaik dalam kalangan pusat latihan tentera.
Agensi pengurusannya, YAMYAM Entertainment berkata, Min-jae berjaya menamatkan masanya di pusat latihan pada 31 Oktober dengan cemerlang dan meraih pelbagai pencapaian seperti pelatih terbaik, pelatih paling kemas dan pelatih serba boleh.
Sebelum ini, pelakon tampan itu pada mulanya menyertai kem latihan pada September dan menjalani latihan asas ketenteraan yang ketat selama lima minggu.
Berkat usaha keras dan berjaya mempamerkan sikap teladan terbaik sepanjang latihan, Min-jae ditabalkan sebagai pelatih elit ketika majlis pentauliahannya.
Penganugerahan tersebut adalah bukti kerja keras dan dedikasi bintang drama Phoong, The Joseon Psychiatrist itu dalam menunjukkan komitmen dan tanggungjawab terhadap negara.
Setelah menamatkan latihan, Min-jae dilaporkan akan berkhidmat dalam pasukan tentera.