Dituduh meliwat, Aaron Yan hilang kontrak

SELEPAS berdepan dakwaan meliwat seorang jejaka juga teman lelakinya Yao Le, penyanyi asal Taiwan, Aaron Yan terus hilang dari radar industri muzik K-pop

Tidak hanya dikecam, bekas ahli kumpulan Fahrenheit juga menanggung natijah lebih parah apabila disingkirkan daripada pelbagai program dan jenama komersial.

Difahamkan, penyanyi berusia 38 tahun itu juga sudah menukar nama kepada Wu Lou Jia atau Wu Bing Ru bagi mengelak dikenali, selain cuba memulakan kehidupan baharu.

Seorang rakan penyanyi itu turut membawa Aaron ke sebuah kuil bagi memulihkan semangatnya secara rohani.

Malah beberapa orang ahli numerologi juga menyarankan agar Aaron menukar namanya untuk mengembalikan tuah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok