Gaya tudung ‘Arab’ ibu Syed Saddiq bakal jadi trend?

PERSIS bidadari Timur Tengah, pesona ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, berjaya memukau mata ramai dengan kejelitaan yang tampak begitu awet muda.

Sentuhan solekan dan busana serba putih pada majlis pernikahan Syed Saddiq dan Bella Astillah baru-baru ini benar-benar menaikkan seri wajahnya.

Namun, paling mencuri tumpuan adalah gaya hijab berkonsepkan ‘Arabian look’ lengkap bertatah perincian juntaian manik sekali gus menambat hati para pencinta fesyen Muslimah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rentetan itu, netizen mula meramalkan rekaan hijab sebegitu bakal meletup dan tular menjadi trend raya tahun depan.

“Sah ramai pakai tudung manik ini pada hari raya tahun depan.

“Cantik betul mak Syed Saddiq, solekan dan gaya tudung buat lagi anggun,” puji netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok