5 pasangan berpisah, ‘selamanya’ menyulam cinta

DI sebalik kejayaan gemilang di pentas antarabangsa, siri televisyen popular, serta gelombang K-pop yang tidak pernah surut, realiti kehidupan sebenar sering kali menyimpan fasa duka yang sukar dijangka.

Tahun ini juga menyaksikan beberapa perkhabaran tidak menyeronokkan dalam industri hiburan Korea Selatan apabila beberapa pasangan selebriti yang selama ini diharapkan terus menjadi pasangan kesayangan dan idola ramai mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.

Fenomena perpisahan selebriti ini sekali lagi membuktikan bahawa dunia glamor tidak terlepas daripada ujian perhubungan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berikut adalah senarai perpisahan pasangan selebriti Korea yang menjadi bualan sepanjang tahun 2026.

Gaeko, Kim Sumi

ANGGOTA kumpulan Dynamic Duo, Gaeko dan pelakon Kim Sumi mengumumkan perceraian mereka pada Januari lalu selepas mendirikan rumah tangga selama 15 tahun.

Pasangan itu sebelum ini sering dianggap sebagai antara pasangan contoh dalam industri hiburan menjadikan berita tersebut sebagai sesuatu yang tidak dijangka.

Mereka berkahwin pada Mei 2011 dan mempunyai sepasang cahaya mata.

Kedua-duanya menyatakan bahawa mereka akan mengekalkan hak penjagaan bersama dan meneruskan tanggungjawab sebagai ibu bapa tanpa sebarang perubahan.

Berikutan pengumuman tersebut, mereka memadam gambar bersama serta sebarang jejak mengenai pasangan masing-masing daripada profil media sosial mereka.

IU, Lee Jong-suk

PERPISAHAN yang paling mengejutkan tahun ini apabila penyanyi IU dan pelakon Lee Jong-suk mngesahkan hubungan mereka sudah berakhir pada 10 Julai lalu selepas empat tahun bersama.

Pasangan itu mula rapat selepas mengacarakan rancangan SBS Inkigayo pada 2012 sebelum mendedahkan hubungan cinta mereka pada penghujung 2022.

Kedua-dua agensi mengesahkan perpisahan tersebut dan label IU iaitu EDAM Entertainment menyatakan mereka akan terus kekal sebagai rakan sekerja yang baik.

Jadual kerja yang terlalu sibuk dikatakan menjadi punca utama perpisahan mereka.

Sooyoung, Jung Kyung-ho

ANTARA pasangan senior paling disenangi ramai dalam industri hiburan Korea, penyanyi Sooyoung dan pelakon Jung Kyung-ho secara rasmi membawa haluan masing-masing pada Jun lalu selepas 14 tahun bersama.

Mereka mula bercinta pada 2012 dan mengesahkan hubungan mereka kepada umum pada tahun 2014.

Peminat mula menghidu perpisahan mereka apabila kedua-dua mereka bertindak menyahikut akaun media sosial masing-masing.

Selepas itu, agensi mereka mengesahkan khabar angin tersebut dan menegaskan faktor kesibukan jadual kerja menjadi punca perpisahan mereka.

Pdogg, Kim Ga-young

PENERBIT terkenal BTS, Pdogg dan pengacara Kim Ga-young menamatkan hubungan mereka pada awal 2026 kira-kira setahun selepas mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada 2024.

Hubungan mereka semakin renggang secara perlahan-lahan apabila masing-masing sibuk memberi tumpuan kepada kerjaya kerjaya seni dan profesional yang padat.

Pasangan ini mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum pada awal 2024, sekali gus menarik perhatian ramai serta meraih sokongan kuat daripada peminat selepas Ga-young secara tidak langsung mengesahkan mereka sedang bercinta ketika hadir dalam siaran radio.

Yunho

SEKITAR April lalu, anggota kumpulan ATEEZ iaitu Yuno berpisah dengan teman wanitanya yang juga merupakan rakan zaman kanak-kanaknya.

Perpisahan itu berlaku kira-kira tiga bulan sebelum laporan berita mula tersebar pada Julai 2026.

Sumber memaklumkan bahawa perpisahan tersebut agak sukar kerana sejarah panjang perhubungan mereka.

Agensi menyatakan bahawa Yunho dan bekas pasangannya tidak pernah bertemu atau bercakap di telefon sejak perhubungan mereka berakhir.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok