Noor Nabila nak kahwin, netizen pula ‘menggelupur’

KECOH dalam media sosial apabila pempengaruh dan usahawan Noor Nabila mendedahkan perancangannya bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Ameer Aiman pada tahun ini.

Namun, bukan semua menyambut berita tersebut dengan ucapan tahniah. Ada netizen meminta  Nabila bermuhasabah diri kerana bakal mendirikan rumah tangga buat kali keempat, malah memberi amaran supaya tidak mengulangi kesilapan terdahulu.

Lebih pelik, ada pula individu membandingkan dirinya dengan ibu satu anak itu kerana masih solo dan menganggap wanita berstatus seperti Nabila lebih mudah mendapat pasangan.

Diva tepuk dahi membaca komen-komen sebegitu. Orang umum berita bahagia pun boleh dijadikan ruang kehidupan peribadinya dijurikan umum. Kalau tidak mampu mengucapkan tahniah, diam pun sudah cukup.

Tidak perlu menyusun sejarah rumah tangga orang lain seolah-olah diri sendiri memiliki buku panduan lengkap kehidupan

Apa pun, Diva doakan perkahwinan kali ini menjadi momen terindah dalam perjalanan cinta Nabila. Semoga segala urusan dipermudahkan, Moga hubungan Ameer Aiman terus teguh dan Jebat bakal menerima adik tidak lama lagi.

DIVA: Ramai pula mula berangan mahu suami ‘green flag’ macam Faizal Hussein. Diva pula nak jadi calon ‘dream wife’

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok