‘Hussain bukan tak bagus tetapi ‘progres’ tidak terlalu besar’

GURU muzik dan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan perkembangan nyanyian dan persembahan Hussain dalam program Big Stage Rocketfuel tidak berlaku seperti yang diharapkan.

Menurut Syafinaz, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Hussain mempunyai pakej dan kelebihan kerana pernah bertanding di pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2) sebelum ini.

Saya diberitahu setiap minggu dia menang (undian). Okay, kadang-kadang populariti itu menyebabkan kita lupa bahawa kita perlu bekerja lebih keras.

“Sebenarnya dia memiliki suara yang sedap, pakej lengkap secara keseluruhan dan saya mengharapkan dia ambil peluang ini untuk tebus semula setiap perkara ketika di TTMM2.

“Jadi, saya berharap dia akan ‘buckle up’ dan kerja keras tapi dia punya perkembangan tidak terlalu besar kalau nak bandingkan ketika sertai TTMM2,” katanya kepada HibGlam, semalam.

Sebagai juri jemputan Big Stage minggu keenam semalam, dia berkata, anak kepada penyanyi veteran, Jamilul Hayat itu sepatutnya sudah mampu untuk menyerlahkan sesuatu memandangkan dikelilingi tenaga pengajar yang bagus.

Sepatutnya dia nampak lebih ‘wow’ tetapi saya masih belum nampak itu.

“Dia juga seharusnya boleh ‘push’ diri untuk lebih menyerlah. Pada saya persembahan dia sebagai peserta dari pertandingan lain agak kurang, sepatutnya boleh beri lebih lagi,” jelasnya.

Dia bagaimanapun menegaskan Hussain tetap memiliki kualiti nyanyian yang bagus namun perkara tersebut perlulah hadir bersama usaha untuk mengembangkannya dengan baik.

Jangan salah faham, saya bukan cakap dia tak bagus atau suara tak sedap sebaliknya mengenai berharap perkembangan yang lebih baik.

“Ini semua disebabkan dia hadir hdari TTMM2 berbanding peserta lain,” ujarnya.

Terdahulu, Hussain merupakan naib juara TTMM2 dan berpeluang menyertai Big Stage Rocketfuel secara ‘fast track’ selepas meraih undian tertinggi daripada orang awam. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok